BERHATI-HATI DENGAN PRODUK KECANTIKAN BERJENAMA TIRUAN YANG ANDA GUNAKAN
ADAKAH KOSMETIK YANG ANDA PAKAI ORIGINAL ATAU TIRUAN? Apa itu kosmetik tiruan? Produk kosmetik tiruan adalah replika palsu produk kosmetik berjenama. Produk tiruan ini dihasilkan dengan tujuan untuk mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan atas jenama produk original. ===== BAHAYA KOSMETIK TIRUAN ===== Kosmetik tiruan biasanya berkualiti rendah dan yang lebih penting kosmetik tiruan mungkin mengandungi bahan-bahan beracun yang diharamkan ataupun bahan kima yang melebihi had dibenarkan. Jadi, produk kosmetik tiruan ini sangat bahaya kepada pengguna kerana boleh menyebabkan kesan alergik, ruam, jangkitan dan boleh merosakkan kulit muka. Banyak produk kosmetik tiruan yang diuji juga didapati mengandungi bakteria dan logam berat (heavy metal) yang tinggi. Apabila produk kosmetik tiruan ini digunakan untuk mata, boleh menyebabkan jangkitan mata. Kosmetik tiruan yang mengandungi logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik boleh menyebabkan kanser dan kerosakan buah pinggang.
Comments