TIPS MENGELAKKAN MUKA NAIK JERAWAT


Jerawat di muka, terutamanya jika ia tumbuh dengan banyak boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. Di bawah ini kami kongsikan dengan anda rahsia kecantikan muka bebas jerawat. Jika anda seseorang yang mementingkan kebersihan wajah atau memiliki kulit wajah yang sensitif, kami syorkan agar anda ikuti tips di bawah ini.

1) Elakkan menyentuh muka anda dengan mana² bahagian tapak tangan
2) Elakkan mengelap muka menggunakan towel yang anda gunakan untuk lap badan
3) Jangan melawat ke tempat² yang kotor
4) Pastikan muka selalu terdedah kepada cahaya matahari pagi (sebelum pukul 10)
5) Banyakkan minum air masak/mineral
6) Makan buah²an yang kaya dengan VITAMIN E dan C
7) Pastikan muka anda sentiasa bebas dari minyak (sentiasa lap muka dengan tisu muka/kain lap muka)
8) Jangan gunakan produk muka yang terlalu banyak bahan kimia (buat research tentang produk dahulu)
9) Jangan campur² produk muka pada satu² masa
10) Elakkan diri daripada terlalu banyak berfikir/stress/emosi
11) Pastikan diri anda sentiasa ceria
12) Pastikan hormon anda sentiasa stabil
13) Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
14) Kurangkan makan makanan berminyak dan berlemak
15) Tidur awal dan sebaik-baiknya 8 jam (tidur yang berkualiti)
16) Sekiranya ingin menggunakan makeup, gunalah produk yang selamat dan mengandungi bahan-bahan semulajadi dan organik seperti 7SKIN ;)

Sayangi kulit anda. Lebih baik mencegah daripada mengubati. Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak membantu anda memiliki wajah yang sihat :D


Comments

Popular posts from this blog

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK KECANTIKAN BERJENAMA TIRUAN YANG ANDA GUNAKAN

7SKIN : ORGANIC COLLAGEN FOUNDATION

WHY 7SKIN?