BERHATI-HATI DENGAN PRODUK KECANTIKAN BERJENAMA TIRUAN YANG ANDA GUNAKAN




ADAKAH KOSMETIK YANG ANDA PAKAI ORIGINAL ATAU TIRUAN?

Apa itu kosmetik tiruan?

Produk kosmetik tiruan adalah replika palsu produk kosmetik berjenama. Produk tiruan ini dihasilkan dengan tujuan untuk mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan atas jenama produk original.

=====
BAHAYA KOSMETIK TIRUAN
=====

Kosmetik tiruan biasanya berkualiti rendah dan yang lebih penting kosmetik tiruan mungkin mengandungi bahan-bahan beracun yang diharamkan ataupun bahan kima yang melebihi had dibenarkan.

Jadi, produk kosmetik tiruan ini sangat bahaya kepada pengguna kerana boleh menyebabkan kesan alergik, ruam, jangkitan dan boleh merosakkan kulit muka. Banyak produk kosmetik tiruan yang diuji juga didapati mengandungi bakteria dan logam berat (heavy metal) yang tinggi.

Apabila produk kosmetik tiruan ini digunakan untuk mata, boleh menyebabkan jangkitan mata. Kosmetik tiruan yang mengandungi logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik boleh menyebabkan kanser dan kerosakan buah pinggang. Jika kosmetik ini dipakai oleh wanita hamil, ia boleh membahayakan kandungan.

Produk Kosmetik Tiruan ini mungkin kelihatan hampir sama dengan produk original dari segi luarannya. Tapi berbeza dari segi kualiti, keselamatan bahan-bahannya.

Persoalannya. Adakah produk kosmetik beracun yang diuji oleh Kementerian Kesihatan adalah produk kosmetik tiruan bukannya produk original?

=====
TIP KENALPASTI KOSMETIK TIRUAN
=====

KKM telah perkenalkan label Hologram Meditag pada tahun 2006 untuk atasi masalah produk ubat-ubatan tiruan. Label Hologram ini mempunyai ciri keselamatan dan no siri yang spesifik dan dipalsukan. Jadi, lebih mudah untuk kenalpasti ubat asli dan ubat tiruan dengan membandingkan label hologram ni.

Berbeza dengan produk kosmetik. Mengikut peraturan Asean Cosmetic Directive yang dipersetujui oleh Malaysia dan negara-negara asian lain, tiada ciri-ciri keselamatan atau kawalan lain yang dibenarkan untuk diletakkan pada produk kosmetik selain daripada nombor notifikasi.

Oleh itu, sukar untuk membezakan ataupun kenalpasti produk kosmetik tiruan daripada yang asli kerana pembungkusan dan nombor notifikasi mudah untuk dipalsukan.

=====
TPTH: TEMPAT, PAKEJING, TEXTURE & HARGA
=====

Ingat TPTH. 4 tip untuk kenalpasti kosmetik tiruan iaitu Tempat, Pakejing, Texture dan Harga:

1. Tempat di mana produk kosmetik dijual.

Pengguna berisiko tinggi mendapat kosmetik palsu jika membeli di kaki lima, pasar malam ataupun secara online dari penjual yang tidak dikenali.

2. Pakejing dan label yang kurang berkualiti.

Produk kosmetik tiruan biasanya mempunyai kesilapan ejaan 'typo error' ataupun saiz dan jenis font yang sedikit berbeza daripada pakejing produk original. Selain itu, perhatikan jika ada perbezaan dari segi warna pakejing.

3. Rupa bentuk produk kosmetik.

Kandungan produk kosmetik tiruan mungkin mempunyai perbezaan dari segi rupabentuk tekstur dan warnanya apabila dibandingkan dengan produk original.

4. Harga produk kosmetik tiruan biasanya dijual lebih murah daripada produk original.

=====
UJIAN ANALISA KOSMETIK TIRUAN
=====

Ujian analisa kandungan bahan kosmetik agak tinggi kosnya kerana memerlukan alatan yang bernilai cecah jutaan ringgit seperti mesin High Performance Liquid Chromatogrpahy (HPLC), Gas Chromatography (GCMS, GCMS/MS), TOF dan penganalisa yang berpengalaman.

Tetapi pengguna boleh lakukan sendiri ujian ringkas seperti Ujian Organoleptik iaitu ujian membandingkan rupabentuk fizikal seperti texture, warna, rasa dan bau produk dengan produk yang asli.

Untuk pastikan anda beli produk kosmetik yang original, sentiasa periksa produk kosmetik yang dibeli dan beli hanya daripada sumber yang dipercayai seperti authorized distributor ataupun penjual yang sah.

Akhirnya, jika harga produk kosmetik yang ditawarkan adalah 'too good to be true', kemungkinan besar produk yang ditawarkan adalah produk kosmetik tiruan.


"JADILAH PENGGUNA BIJAK MEMILIH"



Sumber:


FB Rahman Baco
www.fb.com/rahmanbaco.my



Comments

Popular posts from this blog

WHY 7SKIN?

7SKIN : ORGANIC COLLAGEN FOUNDATION