TIPS POWER UNTUK TAWAN HATI SUAMI #part1





1) Berdoa agar disayangi
2) Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah
3) Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dlm mood yg sesuai)
4) Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat
5) Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yg lebih penting adalah simpati
6) Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit
7) Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk
8) Masak makanan kegemaran suami
9) Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah, pakaian dan sebagainya
10) Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati
11) Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya
12) Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap
13) Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu
14) Bila suami meminta bantuan, buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen
15) Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari
16) Jika anda marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan. Jgn salahkan suami
17) Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan
18) Bila memesan barang kpd suami yg kekedai, senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali
19) Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur
20) Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari
21) Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting. Telefon dgn kerap jika suami suka
22) Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia pulang
23) Jgn ganggu suami semasa dia sedang asyik melakukan sesuatu
24) Bila suami marah, jgn menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang
25) Bila meminta batuan suami, terangkan kpd suami mengenai kerja rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerja yg disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah-lembut
26) Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma risau
27) Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
28) Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain
29) Bila keluar berkereta, Jgn ganggu suami yg sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan
30) Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual
31) Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami
32) Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami
33) Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan
34) Bila berpegang tangan, peganglah bagaimana disukainya
35) Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya
36) Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar
37) Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai
38) Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya
39) Lebihkan suami daripada anak-anak
40) Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang, kasut, cermin mata hitam, dan sebagainya
41) Tolong suami mencuci kereta, potong rambut dan sebagainya
42) Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa
43) Pergi dating atau berbulan madu
44) Jika suami melakukan kesilapan, jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras
45) Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa
46) Selalu urut suami
47) Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami
48) Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri. Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya
49) Layan suami seperti semasa berkawan dulu
50) Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir


To be continued......

Comments

Popular posts from this blog

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK KECANTIKAN BERJENAMA TIRUAN YANG ANDA GUNAKAN

7SKIN : ORGANIC COLLAGEN FOUNDATION

WHY 7SKIN?