TIPS POWER UNTUK TAWAN HATI SUAMI #part2





SAMBUNGAN DARI #part1

51) Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin 
52) Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya
53) Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah
54) Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam
55) Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa 
56) Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua
57) Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri
58) Bila berbual, bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gunakan gerak rasa hati, pegang erat tangannya, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu
59) Jgn dera suami fizikal dan batin
60) Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami, org yg ditemui dan sebagainya
61) Beri tindak balas positif jika suami bercerita
62) Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya
63) Masuk tidur serentak dgn suami. Jika kita ingin tidur dulu, minta kebenaran suami
64) Salam, peluk, cium dan belai suami sebelum pergi kerja
65) Ketawa bila suami berlawak atau bercerita kisah lucu
66) Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami
67) Cari masa utk berdua-duaan
68) Lakukan riadah bersama suami
69) Pergi berkelah sekali-sekala
70) Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak)
71) Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak
72) Berikan apa yg dihajati suami
73) Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan
74) Buat kuih kegemaran suami sekali-sekala
75) Lakukan ibadah bersama
76) Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja
77) Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri
78) Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami
79) Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri 
80) Bila suami meminta maaf, terima dgn kasih sayang. Jgn jual mahal. Ingat! kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri
81) Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami
82) Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yg dia lupa dimana letaknya
83) Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita tidak menyukai pilihan baju, tempat makan, lauk pauk, tempat bercuti dan sebagainya
84) Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya
85) Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar hati
86) Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang. Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami
87) Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan
88) Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap. Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri 
89) Jgn sesekali cabar suami
90) Bila berselisih faham, berkrisis atau bertengkar dgn suami,  fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu
91) Jgn suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut
92) Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui. Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui
93) Banyak suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pd isteri. Oleh itu, isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kpd isteri. Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang, rindu atau cinta kpd isteri. Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri
94) Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami. Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri
95) Cemburu tanda sayang. Namun jgn terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah 
96) Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya
97) Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan
98) Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati, adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah
99) Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat

Semua petua yg tertera ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.. Beliau telah menggariskan 99 petua menawan hati suami yg boleh dipraktikkan isteri dan bakal isteri.

Semoga bermanfaat...


Comments

Popular posts from this blog

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK KECANTIKAN BERJENAMA TIRUAN YANG ANDA GUNAKAN

7SKIN : ORGANIC COLLAGEN FOUNDATION

WHY 7SKIN?